Orang katalah kan, tak sah katanya kalau pergi Johor Bharu kalau tak datang ke Legoland – betul ke? hihi. Yelah tu kot. Mercu tanda baru katanya. Tu yang gigih nak pergi tengok macam mana lah rupanya Legoland tu huhu. Syukurlah nak, tercapai jugak hasrat. Sambil menyelam minum air 🙂
Oh, betullah orang kata. Legoland ini belum siap sepenuhnya. Kalau nak datang sekarang pun macam agak kureng sedikit. Yelah kan. Belum siap sepenuhnya. Nanti kalau dah siap, memang masyuklah datang sini.
Nasib baik aku datang hari Rabu haha. Secara kebetulan pulak bukan? Rupanya diorang tutup pada hari rabu. Pengsan. Aku ingat memang tak ada orang yang nak datang sini. Rupanya memang ditutup pada hari rabu – untuk tujuan penyelenggaraan katanya.
Aku tengok projek diorang ini macam betul betul gempak dan jangka masa panjang betul. Tengok je lah parking lot yang disediakan. Memang besar betul hihi.
Dek kerana time tu orang tak ada, so kami senang lah nak posing sana sini kan? Ambil gambar pun xda orang kacau sangat huhu. Nanti kalau orang tanya, boleh lah cakap kitorang nak masuk tapi tutup pulak hahaha. Walhal niatnya memang nak ambil gambar kat pintu gerbang je pun ahaks.
Harga tiket untuk masuk ini pun ratus ratus jugak lah. Insyaallah tahun depan baru aku nak masuk dalam ini. Niatnya macam tu lah gamaknya u ollzz.
Gambar posing posing ini diambil semata mata untuk tinggalkan jejak kami je hahaha. Hebat bukan idea itu?
Memang meriah tempat ini kalau dah siap sepenuhnya. Cuma yang kurengnya ialah time cuaca panas. Mesti spoil sedikit kan? Kene tengok balik camne diorang buat taman tema air diorang nanti. Orang Malaysia ini memang suka ala ala main air ini. huhu – termasuk aku.
Siapa tahu juga suatu hari nanti taman ini pun ajkan dibuka pada waktu malam. Yelah kan, ala ala i-City camtu. Nak datang siang kene tengok cuaca panas atau idok.
See, aku siap bergambar dalam tandas diorang lagi. Temanya tetap sama, Hijau merah huhu. Nice combination katanya.
OK, kita jumpa lagi tahun depan. Insyaallah
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +