Tatkala masa lapang, dimana aku selalu melepak menghabiskan masa girang? Sudah tentu di kedai kucing DD Bangi Petshop. Emmm, rasanya kedai kucing terbesar di Bangi. Sebab 2 lot kedai jualan / grooming (tingkat bawah) dan 1 lot hotel (tingkat atas). Rasanya, sepengetahuan aku, setakat ini kedai kucing DD Bangi Petshop inilah yang terbesar di Bangi.
Suka tengok diorang grooming. Kita boleh tengok diorang membuat proses tatarias kucing kita dari luar. Dinding kaca katanya kan.
Grooming kucing kat sini berharga antara RM30 hingga RM60. Harga akan ditentukan berdasarkan kepada saiz dan ketebalan bulu kucing.
Diorang pun ada buat servis LION CUT pada harga antara RM70 hingga RM80. Murah sebab kalau kat tempat lain yang pernah aku pergi, harga mencecah antara RM90 juga kalau tak silap.