Gambar lama, baru ada mood nak update ( konon ). OMG, aku mengidam dan gian betul nak makan steamboat kat mana mana kedai makan as buffet. Dekat sebulan gak lah aku tahan nafsu makan aku. Plan nak makan kat Steamboat Antarabangsa atau Red Wok Bandar Baru Bangi. Tapi masa amat mencemburui aku plak. Tak sempat nak pergi malam.
Terpaksa pergi siang. So, jawapnya memang kene makan kat Seoul Garden je lah gamaknya. Gigih mencari branch yang berhampiran. Yeah, IOI Mall yang paling hampir.
Dengan harga area RM30 lebih, aku boleh makan buffet ala steamboat dan bakar bakar bagai. Tempat pun selesa gak. Kira OK lah kan nak layan tekak aku yang dok mengidam nak makan steamboat nie kan.
Time nak bayar tu, diorang offer untuk jadi ahli. RM13 je katanya. So, aku pun ia kan je.
Tapi lepas tengok tu rupanya harga kad jadi RM15 lebih. Pastu harga makan kat situ untuk 2 orang jadi RM69 lebih. Rupanya harga yang tertera tak termasuk cukai bagai hahaha.
Awas, jangan tertipu dengan tanda harga hahaha. But its OK lah kan. Harganya sesuai dengan service, tempat etc yang disediakan. Mantap dan sesuai sangat dengan muka orang yang suka makan kat tempat macam nie hahahaha. Pengsan.
One more thing, kononnya kalau jadi ahli tu akan dapat diskaun sehingga 10peratus. Tapi rupanya ada syarat syarat lain – at least RM80 keatas utk single receipt dan hanya pada waktu weekday sahaja. Pengsan terus kat situ. Sentap hahahahaha.
Ini antara menu yang aku ambil. Semakin berumur, aku semakin malas untuk makan. Boleh?
Antara menu yang aku sempat ambil gambar. Apapun, aku akan pastikan makanan yang aku ambil tu berbaloi dengan harga yang aku bayar. Memang pagi tu aku tak makan apapun. Gigih semata mata nak makan steamboat nie. Gigih abang abang comel macam aku nie kan? Rasa bangga diri pun ada jugak. Boleh?
Oh ya, Seoul Garden nie asalnya dari Singapore. Gigih cashier tu terangkan kat aku. Katanya dia dibawakan khas dari Singapore untuk train krew krew di sini. Aku plak buat muka blur dan donooo memanjang. Lapar kot. Pastu nak speaking bagai kan. Haruslah aku malas nak buka mulut. Drama jap kat situ. Inilah letihnya makan kat restoran bandar nie. Speaking memanjang. OMG hihi.
Even kat Bumbu Desa pun diorang cakap English OK. Gigih krew dari indonesia tu. Pengsan.
One more thing, ini adalah kali kedua aku makan kat sini. Orang yang perkenalkan aku makan kat sini ialah Su. Kat City Square JB rasanya. Dok berzikir memanjang nak makan steamboat, dia terus bawa aku makan kat sini. Nah kau, makan puas puas kat sini. Kenangan Lalu Menusuk Jiwa. Akan ku simpan kemas di lubuk hati hingga ke ahkir hayat. Matilah terlebih jiwang kat sini. Terus sembam muka atas bantal!.