Alhamdulillah, baru je menjemput anak kucing jantan hitam aku yang seekor nie – cherrypie ryu hiroki. Dia mengalami masalah fungus pada badan yang serious. Penyakit sejak daripada tuan lamanya. Sudah banyak cara aku buat untuk ubati penyakit fungus dia ini. Tapi macam tak berkesan je. Last2 aku ambil keputusan untuk cukur semua bulu dia di klinik.
Lion cut – bulu kucing akan dicukur habis. Kemudian dia akan dimandikan dengan ubat fungus. Cukur pun kat bahagian badannya sahaja. Kalau cukur semua, mau tak stabil kucing tu nak berjalan.
Kesian, bulu sudah kene cukur. Doktor kata, ia ambil masa sehingga 6 bulab untuk tumbuh bulu sepenuhnya. Harga bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan ini ialah rm120. Pengsan.
Semoga anak kucing jantan aku ini cepat sembuh dari penyakit fungus.