Tempoh kehamilan bagi kucing adalah antara 63 hingga 65 hari. Antara tanda-tanda yang boleh kita lihat pada fizikal si comel adalah perubahan pada putingnya yang akan sedikit menonjol dan berwarna merah jambu.
Jika pemilik rasa mahu lebih advance sedikit, jumpalah mana-mana doktor di Klinik Veterinar untuk pengesahan. Doktor Veterinar akan membuat pemeriksaan pada bahagian abdomen. Jika Klinik Veterinar tersebut mempunyai kemudahan yang lebih moden, pemeriksaan ultrasound juga boleh dilakukan.
Persediaan Untuk Kucing Yang Sedang Bunting
Ibu kucing yang sedang bunting akan mula mencari tempat yang sesuai, selamat, tersorok, selesa dan bersuhu bilik untuk melahirkan anaknya kelak. Selalunya,tempat-tempat yang digemarinya ialah dalam / bawah / belakang perabot. Sentiasa perhatikan tempat-tempat yang si comel usha-usha untuk beranak.
Adalah lebih elok pemilik menyediakan tempat yang khusus untuk si comel beranak nanti. Biasakan dia dengan tempat itu bermula pada minggu keenam hingga ketujuh. Ini bagi membiasakannya dengan tempat yang telah disediakan.
Dalam situasi sendiri pula, selalunya aku akan sediakan beberapa tempat yang bersesuaian untuk ibu kucing yang nak beranak. Dalam banyak-banyak tu, selalunya dia pasti akan pilih salah satu daripadanya. Di rumah pun memang ada bilik khas untuk kucing. Jadi, mudahlah untuk proses penjagaan ibu dan anak kucing. Diasingkan terus daripada kucing-kucing yang lain.