Maggie Ketam? Sepatutnya dinamakan Mee Segera Kari Ketam. Sebab maggie itu adalah jenama huhu. Kawan aku gigih nak ajak aku makan mee segera kari ketam ini di sebuah restoran di Jalan Reko Bangi-Kajang. Sedap dan popular katanya.
Kami pergi agak lewat tatkala itu. Jadi dengan kata lain, pekerja kedai sibuk mengemas sedikit demi sedikit kerusi dan meja. Oleh itu, aku rasa tidak selesa lah kan. Emmm, nasib baik diorang terima lagi beberapa jenis order termasuk menu mee segera kari ketam.
Sedap ke? Pada pandangan aku, biasa-biasa sahaja. Rasa tidak berbaloi dengan harga yang dibayar. Mee segeranya tidak cukup lembut + rasa kari yang boleh tahan sedap + isi ketam yang agak mudah untuk dimakan.
Kita bagi 3 bintang.