MAIN SECARA PERCUMA – COMMAND & CONQUER TIBERIUM ALLIANCES

11

Dulu, kini dan selamanya, aku adalah peminat dan pemain tegar permainan Command & Conquer. Ini adalah permainan PC pertama yang aku main. Itu pun dek kerana Hanif yang perkenalkan kepada aku. Dia pelik cz aku dengan mudah belajar dan expert akan game ini ( Dulu lebih dikenali sebagai Red Alert). Pengsan.

Soul aku memang kepada game jenis strategy seperti ini kot huhu. Seriously, aku memang tak reti nak run game berbentuk attack dan tembak tembak. Cant carry on.

12

 

Yeah, memandangkan aku sudah punya computer desktop peribadi, haruslah aku install kesemua siri game ini. KLMJ – Kenangan lalu menusuk Jiwa.

Buat permulaan, aku main dahulu versi online – Command & Conquer Tiberium Alliances. Main secara percuma je pun kat browser. Lucky komputer destop aku ini build in for game & video purpose. Memang masyuk dan seronok je main. Pakai plak Unifi. Syurga game lah aku gamaknya selepas ini hahaha. Sujud syukur terus.

13

 

Online game berbentuk strategy ini macam syok je kan. Cuma yang kurengnya kita kene keep update dan ada timing timing untuk bermain. Lebih kurang macam konsep Farmville di Facebook jugak. Nak kene tunggu masak bagai. Konsep sama, pengaplikasian berbeza.

KLIK SINI UNTUK JOIN

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI