MAJALAH PC VS MAJALAH TECH

image

Huhu, rasa ting tong sangat beberapa hari ini. Pening menghadap PC lama sangat. Rasa murung pun ada jugak. Sampai tak ada selera nak makan. Boleh? Nasib baik aku ada beli Majalah PC dan Majalah Tech. Beli minggu lepas, tapi tak sempat nak baca lagi. Pengsan.

Dari segi pengisian, aku lebih suka Majalah Tech berbanding Majalah PC. Isu isu dan bahan cerita yang ada didalamnya lebih up to date dengan situasi semasa. Dari segi gaya bahasanya pula, aku lebih suka Majalah PC. Lebih format dan mudah difahami akan apa yang mahu diceritakan. Aku tak pasti kenapa aku susah nak faham gaya bahasa di Majalah PC ini. Aku pun bukannya pandai sangat tatabahasa ni. Tapi, nampak macam ayat / bahasa yang diorang pakai ini macam guna direct translate. Pengsan banyak kali. 2 majalah yang memang aku akan beli selalu ( sejak dua menjak ini ).

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI