MAJLIS PERTUNANGAN MASRI

image

Semalam aku attend majlis pertunangan salah seorang sepupu aku di Senawang Negeri Sembilan. Aku attend pun cz nak wakilkan keluarga aku. Mak aku plak tumpang naik kete pakcik aku. Yelah kan, takkan nak balik Johor/Melaka pastu patah balik Senawang. Jadi macam berzikir Putrajaya-Senawang-Melaka-Batu Pahat. Duit dan masa habis kat minyak dan tol semata mata. So, aku decide untuk datang terus dari Putrajaya ke Senawang je.

At least aku attend majlis pertunangan ini. 

image

Yeah, rasa janggal dan kekok attend majlis pertunangan orang nie. Aku plak time tu duduk kat row paling depan sebelah pakcik2 yang nak decide ikatan pertunangan ini. Kita plak yang over berbanding yang lain. Acaner tu hahahaha.

image

Meriah orang zaman sekarang. Bertunang pun dah macam nikah/kahwin bagai. Siap ada pelamin. Ish, aku tak biasa dengan pelamin pelamin nie. Segan.

image

image

Gambar kat Samsung Tab 2.0 aku ini tak berapa nak cantik. Main redah + belasah je. Malas nak bawa Sony A35 aku. Biarlah diorang yang ambil gambar. Nanti aku minta je dari diorang gambar tu.

image

Apapun, memang sedap giler2 masakan yang diorang sediakan. Walhal diorang ini asalnya daripada Kelantan. Masakan yang dicampur campur dengan menu jawa. aMemang terbaik dan sedap sangat sangat. Kalau nak diikutkan, aku nak je tambah makan lagi sepinggan. Ish, memang menyelerakan betul.

OKlah, semoga majlis bertemu hodoh di majlis pernikahan nanti. Tahun depan kot kahwinnya.

Aku? Nikah je terus. Agak agak suka, berkenan terus je lamar dan ready untuk nikah kahwin. Kenduri? Buat kecil kecilan je. Jimat duit cz barang mahal sangat la nie. Buat yang wajib je huhu. Lagipun aku malu nak jumpa orang ramai sangat haha. Bercinta? Aku lebih suka bercinta lepas kahwin. Senang dan halal terus kah kah kah.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI