MAK KUCING SAKIT

image

Aku balik rumah jap tadi. Dok tengok mak kucing dan anak anaknya. Risau dan tak betah nak duduk diam buat kerja kat office. Dalam beberapa hari ini Cici memang tak makan sangat.

Aku sendiri tak tahu apa puncanya. Semua ini seakan bermula sejak kami hantar dia ke Hospital Veterinar Universiti Serdang. Bagi ubat cacing je pun. Pastu bagi ubat kutu via spay kat bulunya.

image

Adakah dia keracunan dek kerana spay kutu tu? Yelah kan. . . Letak kat bulu. Takut dia terlebih jilat bagai. Hampir seminggu dia berkeadaan macam ini. Kemarin aku ada juga bawa dia pergi klinik swasta di Taman Equine. Adalah bagi ubat sana sini ( aku akan buat entry lain mengenai klinik ini nanti ). Dah 2 hari after hantar pergi klinik ini. . . Masalah still sama. Cici macam tak mahu makan langsung.

Gigih suapkan dia dengan ayam rebus. Pujuk dia banyak kali jugak lah. Adalah nak makan sedikit. Itupun dia makan kat atas lantai + sedikit demi sedikit. Hairan, awat tak mahu makan dalam bekas.  Mulut sakit ke? Cz rasa macam teringat kat kata kata doktor di HVU di Serdang minggu lalu. Dia kata, bahagian rahang cici macam cedera. . . Sedikit kemerah merahan. Dia pesan, if let say ada keluar buih buih pada mulut cici. . . Terus bawa pergi klinik. Masalahnya, tak ada plak kesan kesan yang dikatakan itu buat masa ini. Aiiiiii pengsan

Berat badan cici pun dah susut banyak. Isnin lepas 2.8kg. . . . Dan sabtu lepas plak 2.4kg. Susut 400g dalam beberapa hari sahaja. Dahlah susukan anak. . Lagilah buat aku pening kepala memikirkan cara penyelesaian.

At the same time, doktor pun kata dia tak demam. Lagi pengsan. Haruslah petang ini nak kene bawa dia pergi klinik semula

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI