Ibu kucing, Cici Esmidar Gonzales sudah menunjukkan tanda tanda ingun beranak. Tunggu masa je ni nak lahirkan anak. Paling awal malam ini atau esok pagi 🙂 Paling lewat plak dalam beberapa hari ini ahaks. Camtu lah kiraan mudahnya u ollzzz.
Tanda tandanya kucing nak beranak mudah je u ollzz. Kucing kan bunting average 8 hingga 9 minggu. Pastu time saat saat nak beranak tu, dia akan mencari cari tempat tersembunyi. Nampak resah longlai tak sudah katanya hihi. Pastu dok terkuis kuis sana sini. Ada je yang tak kene.
Lain kucing, lain karenahnya 🙂
Macam kes kucing aku ini plak memang aku sedia maklum. Biasalah, ini 2nd time aku akan jadi bidan terjun kucing beranak. So, memang sedikit sebanyak aku tau r perangai dia time nak beranak.
Si Cici ni pelik sedikit. Dia tak suka beranak kat tempat berkain. Nak tempat berkayu / berkertas. Boleh rujuk youtube mykeledek dan juga entry2 aku sebelum ini.
Now aku tengah gigih perhatikan dia nak beranak kat mana. Jangan beranak kat tempat bukan bukan sudah r.