MAK KUCING TELAH KEMBALI

image

Akhirnya, selepas seminggu berbulan madu di Hulu Langat, Cici kembali pulang ke rumah. Sabtu malam minggu lepas hantar, malam nie jemput. Lebih kurang seminggu jugak lah tu.

Sebelum ini, aku akan merasai ketiadaan Cici – dok sokmo menghitung hari. Tapi kali ini aku tak rasa sangat cz anak anak dia ada dirumah. Pengsan.

image

Busuk betul Cici. Memang kene mandikan dia terus cz bau kencing kucing jantan betul. Memang kene mandi wajib betul dia nie huhu.

Sambil sambil tu aku sempat gak berbual bual dan bersesi knowledge sharing dengan owner kucing jantan yang aku kahwinkan dengan Cici nie. Dia kata, memang untung sokmo buat business kucing nie. Cuma yang penting kene pastikan kucing jantan tu bermuka pesek dan punya ciri ciri baka yang elok.

Dia dapat income average RM2K sebulan. Dalam seminggu tu, adalah average RM600 side income dia dapat. Means, kucing jantan dia akan kahwin dengan 3 ekor kucing betina sekali gus. Aku terkejut gak. Boleh ke kucing jantan main dengan 3 ekor kucing dalam satu masa? Dia kata boleh cz nafsu jantan tak pernah surut. Oh, logik jugak kata kata dia tu. Aku tergamam jap dan dalam otak terus ker khacing khacing kira duit haha.

Terus laju laju cari baka kucing jantan. Kasi mantap punya.

image

image

Oh ya, sebaik sahaja nampak Cici, anak anak dia dok mengerang. Tak kenal mak diorang lagi kot. Bau jantan agaknya.

image

Masing masing tunjuk garang kat Cici. Kesian dia huhu.

image

Apapun, harapnya Cici dapat bersihkan badan dia cepat cepat. Aku sendiri tak tahan dengan bau kucing jantan tu. Bau air mani kucing kot. Pengsan.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI