Makan di 4 Fingers Masjid Jamek

Awal aku bangun hari ini. Konon mahu sarapan pagi di Pasar Tani MAEPS Serdang. Fikir punya fikir, akhirnya tak jadi. Sebab jadual agak padat. Puncanya adalah ada akak Coway mahu datang rumah untuk servis water filter haha.

Ingat nak melenggang je naik MRT dan LRT. Sebab mahu cepat, aku parking kereta di pejabat dan naik LRT untuk ke Dataran Merdeka. Yang sedihnya, aku terlebih awal sampai. Terpaksa menunggu 1 jam lebih untuk ambil race kit. Settle je urusan, terus singgah di Restoran 4 Fingers Masjid Jamek.

Baru buka je. Aku rasa bertuah sebab akulah pelanggan pertama mereka hari ini. Pepagi buta order nasi – Chicken Rice Box Combo.

Tak ramai sangat pelanggan kat sini kelihatannya hahaha. Tapi, kalau kat Nu Sentral, pasti ramai orang. Kawasan lalu lalang kan. Memang begitulah gamaknya. Meriah dan masyuk.

Alhamdulillah syukur. Sedap!!!! Cawangan 4 Fingers pun semakin banyak. Even di Bandar Baru Bangi pun sudah ada. Jadi, tak lah craving sangat.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI