Hari ini, secara tiba-tiba ada mesyuarat ‘terkejut’ di Putrajaya. Aku pula bawa kereta VivaRina Natasya. Nasib baiklah kan. Putrajaya memang bermasalah dengan petak parking. Serabut kehidupan kalau kene hadir bermesyuarat di Putrajaya. Panas lit-lit.
Tapi, tak apa. Kita berfikiran positif. Singgah makan dahulu di Alamanda Putrajaya. Ingat mahu makan tengahari di Starbucks. Tapi macam tak kenyang je. Terus terfikir mahu makan ala Thai di Restoran Black Canyon & Coffee.
Terkejut seketika. Selalunya di Alamanda penuh dengan manusia pada waktu tengahari hari bekerja. Rupanya tidak! Kelihatan agak lengang dan selesa. Tak sesak mana. Kemana pergi semua manusia di Putrajaya? Di medan selera pun tak sesak mana dengan orang yang menjamu selera. Tetap ada meja makan kosong. Dahulu, memang berebut nak duduk dan agak sukar nak dapat. Ikut nasib. Kini tidak lagi.
Ohhh, abaikan. Aku memang agak lama tak datang sini. Dahulu, tatkala bekerja di Putrajaya memang sokmo datang sini. Tinggal pun di Putrajaya. Belakang rumah sahaja. Kini, sejak pindah tempat tinggal dan kerja di KL, memang agak susah mahu datang atau melepak di Putrajaya. Bila kali terakhir? Dua atau tiga tahun lepas mungkin 🙂
Oh, hari ini order makan apa? Nasi putih, Pad Kra Praw & telur mata 2 biji, Kailan ikan masin dan air kopi mexico katanya ahaks. Ini adalah set kedua yang sentiasa aku order jika makan berseorangan dan sedang kenyang tapi kedaong mahu makan di Black Canyon & Coffee. Tapi, agak kurang menyelerakan sebab tidak order tomyam. Risau tidak habis.
Menu inilah yang sentiasa aku perasan akan diorder dan dimakan di drama Thai yang aku tonton. Samaada untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam. Especially untuk menu Pad Kra Praw. Dia lebih kurang macam ayam yang dimasak dengan sos ikan dan daun selasih. Haaa, sumpama itulah rasanya. Tidak kelihatan rasa bawang merah atau bawang putih. Cuba terasa ada diletakkan sekali cili kering.
Sedap. Cuma mungkin lain kali boleh order sayur campur atau kerabu mangga. Sebab Kailan ikan masin agak masin untuk aku pada ketika ini. Mungkin usia sudah meningkat. Deria rasa semakin sensitif. Tak nak masin, tak nak manis… tapi mahu masam dan pahit. Pelik.
Apapun, aku berjaya menghabiskannya. Alhamdulillah. Seronok dapat menjamu makan tengahari disini dengan tenang, aman dan bahagia. Its not like old day. hahaha. Syukur.