Rasanya, lama benar aku tak makan di Restaran Black Canyon Coffee. Rindu yang teramat sangat nak makan masakan Thailand disini. Harga memanglah agak mahal tapi puas hati dengan rasanya. Cocok benar dengan selera aku.
Hujung minggu pertama tahun 2020, bersempena dengan berakhirnya Semester 2 pembelajaran, memang selayaknya pergi melantak disini. Seperti biasa, aku akan order menu yang sama – Tomyam Ayam, Telur Omelet dan Sayur (samaada kerabu mangga atau kailan atau sayur campur). Air pula pusing-pusing memang kopi signature diorang sahaja.
Senak perut juga nak menghabiskan kesemuanya. Tapi, alhamdulillah habis. Menu sama untuk 2 atau 3 orang, aku habiskan untuk seorang haha. Nampak sangat mengidam nak makan kat sini. Sabar je lah.
Alhamdulillah dengan rezeki yang diterima. Syukur.
Paling lucu adalah aku makan meja kecil dan penuh dengan lauk pauk. Orang sekeliling dan pelayan restoran seakan tengok dan double check betul ke apa yang makan itu? Habis ke? Hahaha kelakar.
Tengok! Betapa sukanya aku makan disini.