MAKAN DI HALIM GP GULAI PANAS AIRPORT

image

Subhanallah, sangat sedap dan puas hati gila aku makan gulai panas / gulai kalot kat sini. Tersangat sedap dan lazat. Sangat membuka selera makanan kampung.

Terletak bersebelahan dengan bulatan di sekitar kawasan Airport Langkawi. Kedainya biasa biasa sahaja. Tapi ternyata, masakannya sangat super sedap

Bagi aku, inilah tempat sedap yang wajib dikunjungi jika anda datang ke Langkawi. Berkali ganda lebih sedap dan murah berbanding harga makanan di sekitar Pantai Cenang Langkawi.

image

image

Disinilah penduduk tempatan Langkawi makan luar. Memang ikut selera dan citarasa tempatan. So, aku nak perkenalkan tempat ini.

image

Harga ikan kat sini lebih murah dan fresh katanya. Boleh pilih ikan mana yang nak dimasak gulai kalot tu. Kemudian, perkhidmatan yang diberikan pun amat baik, cepat dan selesa.

Kat sini, urusan memasak akan dibuat sendiri oleh pemiliknya. Buat by order. Cepat siap plak tu. Memang terbaik.

image

Ikan Jenahak ini harganya RM5 bagi setiap 100g. Kalau kat Pantai Cenang, harganya menjangkau RM6.50 bagi setiap 100g. Beza ok.

image

Tengoklah cara dia masak ikan kembung nie. Sangat rangup dan fresh bukan? Memang sedap.

image

Aku dok usha usha juga camna dia buat gulai ini. Make me falling love kat gulai. Haruslah lepas ini aku masak gulai ikan sokmo hahaha. Rasanya sangat fresh dan manisnya asli. Sangat puas hati.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI