MAKAN DI WARUNG PAK MAIDIN TAMAN EQUINE

image

Makan apa yang sedap di sekitar Taman Equine Seri Kembangan? Tetiba je kan nak makan kat kawasan sekitar nie. Jenuh aku nak google makan apa yang sedap. Kalau tak sedap, karang ada kerang yang dok tercungap cungap. Ada yang kene penyepak aku karang 🙂

image

Gigih mencari, akhirnya berdasarkan kepada maklumat yang aku perolehi di Google, Warong Pak Midin ini mendapat rating dan feedback terbaik untuk makan sedap di Taman Equine Seri Kembangan.

Nasib baik ada google maps. So, follow je lah apa route yang diorang bagi tu hihi.

image

Rupanya, bersebelahan dengan AEON Taman Equine ini meriah pada waktu malam. Yang penting, kawasan ini termasuk dalam Parlimen Puchong hihi. Banyak kedai makan cina kat kawasan ini. Dah macam pesta makan je aku tengok. Kalaulah semua makanan kat dunia ini halal, kan syok. Boleh join sekali.

Oh ya, Warong Pak Maidin ini terletak di hujung lot. Jadi, agak besar saiznya. Khabarnya, menu untuk makan tengaharinya sedap. Orang katalah kan. Aku nak datang sini semata mata makan tengahari? Lain kali je lah hihi. Datang makan ala carte pada belah malamnya pun should be ok.

image

Aku seperti biasa amik air tembikai, nasi putih, telur dadar dan ayam goreng kunyit. Kawan aku plak amik tembikai susu, nasi goreng paprik dan telur dadar.

image

Diorang serve cepat OK. Impress. Tak sempat nak hilangkan lelah dan penat, makanan dah sampai. Begitu pantas dan the boom hihi. Not bad jugak rasanya.

image

image

Potion yang disediakan pun agak banyak jugak sebenarnya. Cuma yang kureng tu bab air. Cair benor jus buah yang disediakan. Aku dahlah pencinta buah buahan sebenar. Pengsan.

Total harga untuk makan malam disini ialah RM20.70. Murah bukan? Not bad harganya.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI