Alamak, tak cantik pula gambar yang diambil guna IPhone XR ini. Tak secantik Huawei P10 / P20 yang pernah aku cuba dan guna. Tak cukup menyiurkan mata yang memandang. Nak edit, malas lah pula. Hairan, selalu nampak cantik. Kali ini tidak cantik pula. O! mungkin faktor pencahayaan kot. Positif.
Baca: Borong Pine Wood Cat Litter Kucing
Hurm, rindu nak makan Kimchi Jjigae di Sopoong haha. Lama tak makan. Jauh benar nak pergi makan di MyTown atau IOI CityMall. Tak cukup alasan mahu pergi sana kalau setakat mahu makan semata-mata ahaks.
Bagaimana dengan menu lain? Entahlah. Aku tak terasa ingin mencuba menu lain setakat ini. Nak kena buat carian di internet tentang pengalaman orang makan di Restoran Sopoong. Tengok macam serba serbi ‘makan mee segera’ je.
Baca: Putrajaya Sentral Parking Rate 2020
Ohhh! baru teringat, dahulu aku pernah makan ABC Korea perisa mangga. Sedap yang amat sebab mereka guna buah mangga sebenar. Manis yang sederhana. Lain daripada lain. Terasa keunikannya berbanding ABC Malaysia. Lebih lembut kisaran ais-nya.