Rasa berat badan meningkat lebih kurang 1 kg lebih. Berat badan aku yang ringan ialah 61 kg tepat. Tengok gaya sekarang ini nampaknya sudah kearah 62 kg. Perut pula sudah ke hadapan sedikit. Seluar jadi agak ketat dan bahagian pinggul pun nampak besar.
Jadi apa perlu buat? Diet secara perlahan-lahan. Makan kurma dan kekacang sahaja. Makan tapi pada kekerapan yang lebih dan kuantiti yang sedikit.
Di pejabat pun aku semakin kurang bergerak sangat. Jadi, plan nak makan tengahari dengan memakan kurma dan kekacang sahaja. Kalau makan pun, kuantiti sedikit.
Aku rasa, berat badan aku naik ini pun sebab makan malam. Aissshhhh susahnya nak kawal dan elak dari makan malam. Godaan banyak.