Tuhanku… sangat berbaloi-baloi Okay makan di Laksa Ikan Sekoq – Airporta Langkawi ini. Sedap sangat laksanya. Pekat, lepastu dapat telur sebiji dan ikan seekor. Memang puas hati sangat lah makan laksa kat sini. Orangnya pun kelihatan ramah dan susun atur kedai tersusun baik – SOP jualan yang menyenangkan. Aku suka.
Diorang pun ada jual Char Kuew Tiow teruna. Sedap juga lah rasanya. Memang berasa semuanya. Kami makan 5 orang, harganya hanya RM31 sahaja. Aku main bayar je, tak tanya pula harga bagi setiap item. Boleh?
Secara peribadi, pergi makan kat sini je dah memadai. Kenyang dan berbaloi-baloi