Makan Malam di FizoMawar Bangi

Lama tak makan di FizoMawar. Lebih daripada 2 tahun kot.Time kerja part time company kecantikan di Bangi, memang sokmo p makan sini. Kiranya, antara pelanggan tetap juga lah hihi.

Sedap dan memenuhi selera aku. Kalau nak ikutkan, harganya agak mahal. Tapi aku masih boleh terima sebab persekitaran yang selesa dan tidak serabut. Simple dan tenang kehidupan.

Aku memang acap kali nak pergi sini. Rindu nak makan tomyam dan miangkam serta teh hijau. Tapi apakan daya, malas nak drive ‘jejauh’ pengsan. Beberapa hari lepas ada teman makan. Aku pula tengah lapar dan mengidam tak tertahan nak makan ala Thai, terus gigih ke sana. Sesambil belanja kawan sempena ulangtahun kelahiran. Ambil lah kesempatan nak belanja. Padahal… aku yang merenyam nak makan haha.

Tengok gaya, rupanya menu diorang sudah tukar sana sini. Lebih meriah dan banyak pilihan sekarang ini. Alhamdulillah maju. Tengok gaya siap ada set menu untuk dipilih.

Oleh kerana ‘malam’, aku pun tak nak makan banyak dan menu pilihan tak berapa menarik untuk aku, so aku amik ala carte je lor. Ayam bijan, Tomyam bangkok, kailan ikan masin dan air je camtu. Miangkam tiada. Agaknya stok pada ketika itu sudah habis kot.

Secara peribadi rasa sedih. Sebab rasa tidak sesedap sebelum ini. Just like-like je. Pengsan..agaknya tukang masak sudah bertukar kot. Tengok gaya, pekerja pun dah lain. Hurmmm Mungkin selepas ini tidak berkunjung kesini lagi kot (kalau kena bayar sendiri).

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI