Selama ini, tak terlintas langsung di benak fikiran aku untuk makan di Kompleks PKNS Bangi. Rupanya ada kedai makan sedap kat situ – Restoran Cempaka Rimba. Terletak betul betul disebelah KFC.
Kawan yang ajak makan kat sini. Katanya sedap dan harganya pun murah. 1st time nak masuk dalam sini, rasa teruja cz ramai orang yang makan kat sini. Timing kitorang datang tu memang tepat dan nyaris nyaris tak dapat meja. Syukurlah.
Kami order menu biasa – tomyam campur, sotong goreng tepung, sayur kailan ikan masin dan telur bungkus
Service diorang cepat. Rasa macam tak perlu tunggu lama untuk dapatkan makanan yang dipesan. Rasa pun not bad. Telur bungkusnya pun sedap.
Total harga yang perlu dibayar ialah RM20 lebih sahaja. Kira OK dan murah lah tu kan.