Baru sahaja balik dari makan malam di Teratak Ikan Bakar Yankies Restaurant. Emm, agak keliru dengan ejaan tempat makan ini. Yankies atau Yankee’s? Hari itu, rasanya Salina bagi ejaan lain. Pengsan.
Tak kisahlah, janji puas hati makan kat sini. Lokasi restoran ini agak tersorok dari orang ramai. Kalau bukan Salina Syakirah yang bawa aku makan kat sini, memang sampai kiamat aku tak tahu.
Sedap dan murah, tapi nampak gaya macam tak ramai orang. Maybe cz kat depan restoran ini ada Soho dan Rimba Klasik kot. Tu pun boleh menjadi faktor mengapa tak ramai sangat orang yang menyinggah.
Berhadapan dengan restoran ini, nampak macam tengah ada projek perumahan. Then, ada gelanggang futsal yang baru beroperasi camtu. Gerenti, kalau kene pada caranya, mesti ramai yang akan menyinggah.
Apapun, tadi kitorang order nasi putih 2, siakap 3 rasa (600g), sayur campur, telur dadar, sotong goreng tepung, air teh o dan limau ais. Total harga yang dikenakan ialah RM49 sahaja 🙂
Murah sangat u olllz. Susah nak dapat harga dan rasa yang macam ini disekitar Bangi/Putrajaya (kot). Restoran masakan panas + seafood paling murah pernah aku singgah setakat ini.
Tq to Salina Saliha Bachok.