Akhirnya, aku berjaya juga melepas hajat nak merasa Mee Bandung Radix di RFC Bandar Baru Bangi 🙂 Sebelum ini ada order, tapi tak sampai-sampai. Tu yang alang-alang bos aku ajak makan kat sini, aku terus order Mee Bandung RFC ini. Mahu try sedap atau tak.
Yup… finally, aku dapat makan jugak !!!! Hoyyyeyyyyyyy hahaha. Nyum nyum. Kira not bad juga rasanya. Pekat dan just nice. Kawan aku yang gigih dok ulang alik johor tiap minggu pun kata not bad juga rasanya. Hebat
Alang-alang datang sini, aku suruh gak diorang order menu yang lain. Nak test sedap atau tidak hahaha. Jahat tak aku?
See… ada order menu ala-ala roti pita + burger + teh radix + kopi radix. Lebih kurang sama je rasanya dengan restoran yang seumpama dengannya. But, disini mereka menggunakan ayam organik huhu. No lemak2 OK.
See…. Si Naili suka makan burger-nya. Sedap katanya. Cuma rotinya rasa sejuk semacam. Simpan dalam peti sejuk kot huhu.
Overall, OK..cuma maybe harap dipertingkatkan lagi service tu. No lambat-lambat kat kaunter pesanan tu. What next? Aku nak try pergi cawangan HPA berhampiran – Presint 15 Putrajaya or The Mines. Nak usha-usha apa yang diorang jual. Kalau berkenan dan harganya berpatutan nak juga beli, cuba dan amalkan.