Makan Mee Kari di Mee Tarik Warisan Asli Kajang

Baru je balik dari Restaurant Mee Tarik Warisan Asli Kajang. Gigih tak tahu nak makan apa. Jadinya, makan disini sahaja lah yer.

Imprezzz sebab ada menu baharu disini. Mata aku terus memandang Menu Mee Karinya. Sebab mee kari adalah menu kegemaran aku. Kalau sedap dan memenuhi selera, boleh repeat selalu huhu.

Sedap ke? Jadinya kami oun order Chicken Curry Mee Tarik dan Fried Mee Tarik With Kam Heong. Just wonder, apa itu Kam Heong. Pelayan pun ala-ala tidak boleh nak terangkan. Dok google google juga perkataan ini. Nampak macam ala-ala sejenih sos. Not sure diperbuat daripada apa.

Macam mana dengan rasanya? Okay lah kalau nak cuba-cuba huhu. Agak cair sedikit rasanya. Aku suka rasa kari nyonya yang pekat dan beraroma lengkuas yang kuat.

Rasa Fried Mee Tarik With Kam Heong. Aku tak makan. Kawan aku yang order beritahu, Fried Mee Tarik yang biasa lebih sedap. Mee Tarik yang ini macam rasa ikan bilis. Agaknya Kam Heong tu sos ikan bilis kot.

Apapun, air teh panasnya tetap the best. Rasa aroma yang segar dan lazat. I like huhu.

Okaylah, esok pun dah nak puasa sudah. Lepas ini, meriahlah huhu.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI