Kecur air liur aku dok mengingatkan Nasi Manggey dari Restoran Warung Kita, Sungai Tangkas Bangi. Pedas dan Panas. Resepi yang unik. Aku sudah cuba lain-lain tempat yang turut menyajikan menu lebih kurang sama. Tapi, rasa dan kenikmatannya tetap tidak setanding makan Nasi Manggey di Restoran Warung Kita ini. Hebat tak?
Jadi, pada pandangan aku, Restoran Warung Kita ini merupakan antara tempat makan sedap di Bangi / Kajang Selangor. Aku perhatikan, selepas pergi menyinggah beberapa kali, kebanyakan pelanggannya adalah pelajar. Kawasan Bangi ini kan ada UKM, UNIKL, KPTM dan bla bla bla. Memang lubuk pelajar.
Menu jualannya simple dan harga yang ditawarkan mampu milik. Sesuai dengan suasana dan kemampuan pelajar.
- Nasi Lemak Ikan Tongkol – RM4.50
- Nasi Belauk Ikan Tongkol – RM4.50
- Nasi Manggey – RM5
Menu minuman popular pula seperti biasa, Coconut Shake RM3.50 dan Kelapa Baldi RM3.80
Tengok pada internet, Restoran Warung Kita ini ada di :-
Alamat Cawangan Bangi/Kajang : Lot 1,Jalan ST/1,Batu 18,Kawasan Industri Sg Tangkas,Kajang.
(200 M dari simpang Komuter UKM).
Waktu Operasi : 7 pagi-10 malam ( setiap hari)
Hubungi : 0 14-211 1197
Alamat Cawangan Sungai Buloh: 95, Jalan Kusta, Kampung Melayu Batu 13, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Waktu Operasi : 7 pagi-7 malam ( setiap hari)
Hubungi:+60 13-996 2525
Guna Waze atau Google Maps je kalau nak ke sini. Insyaallah sampai.