Untuk kali keduanya, aku makan lagi Radix Fried Chicken kat RFC Bangi 🙂 Takut nanti kempunan nak makan cz esok aku balik kampung. Akak aku buat akikah hari ahad nanti. Pengsan. . . Tak tahulah kenapa dia xnak buat akikah time raya haji nanti. Pengsan
Kalau ikut plan, minggu depan nanti insyaallah aku dan geng2 office akan makan tghari kat sini. Port makan sedap baru 🙂 huhu
Aku dan kawan aku order set A + Mee Bandung Radix. Untuk yang herba still tak masak lagi…so, kami ambil je yang spicy. Pengsan nampak macam  ada banyak stok spicy kat belakang tu. Aku pulak, jenis yang suka order mix – herb + spicy.Seriously, aku suka rasanya. Pure + tidak berlemak
Untuk Mee Bandung Radix pula, diorang bagi dulu ‘order number’ tu. Oh, maybe diorang nak masak dulu kot. OK, kami makan dulu kat level atas. Secara jujur, aku tak selesa dengan tangga menuju ke level 2 cz agak curam. Aku bawak makanan kot – risau tergelincir u ollz. Lagi satu, yang aku pelik tu, awat ada pintu kaca untuk naik ke level atas (sebelah kaunter). Pelik
Sambil makan, tengok Movie National Treasure. huhu….. But sadly, sampai aku habis makan, Mee Bandung yang di order tak sampai-sampai lagi. Kawan aku ada terperasan, ada pelayan yang hantar mee bandung untuk orang yang beratur belakang aku – orang tu duduk kat meja berhampiran kami. OK, dia dah agak dah. Mesti akan kesilapan. Patut kami yang dapat dulu mee bandung tu cz kami memang customer 1st time tu. Dan orang yang dapat Mee Bandung tu 2nd Customer yang beratur belakang kami tadi – I’m sure.
Tunggu punya tunggu, sampai kami habis makan / minum pun Mee Bandung Radix tu tak sampai-sampai. Aku ingatkan diorang aware pasal hal ini. Tapi kalau dah dekat setengah jam lebih, xkan nak tunggu je kot.
Agak imprezzzz cz turun je bawah, ada ramai orang pula haha. Yang penting, aku ada nampak ‘mangkuk’ dlm tray kat orang yang sedang membuat pembayaran. Rasanya the only menu yang guna ‘mangkuk’ cuma mee bandung je kot – not sure
Ditanya akan status mee bandung radix yang kami order tu, boleh pula mereka jawab seakan terlupa nak hantar. Amboi….jadi, apa fungsi ‘nombor’ yang diberikan tu? Kene belajar nie….Diorang suruh tunggu kata sedang masak. Tapi terang-terang aku nampak mangkuk dlm tray orang yang sedang membuat pembayaran + takkanlah masak lama sangat. Pengsan
Jadi, apa solution-nya? Bak sini pulangkan duit itu. No bungkus2. Tak mahu cakap banyak 🙂 Lain kali jangan buat lagi.
Produk yang hebat….perkhidmatan pun kene hebat juga. Sila perbaiki mutu perkhidmatan tu. Sayang kalau disia-siakan.
No need marah2 cz ini semua human error + nampak kurang berpengalaman + rasa tak sampai hati melihat ‘keresahan’ manager (yang pakai baju kemeja) = aku terima permohonan maaf darinya dengan hati yang terbuka.
Nah..aku pulangkan nombor 3 tu hihi
p/s Ada kenalan kat Company Dasar Jati. Office Dasar Jati plak, satu bangunan dengan RFC ini. Boleh r ajak diorang lepak sini nanti. Lama tak borak + discuss + gaduh pasal kerja dengan mereka hahahaha