Makan Sedap di Desaru Johor

Makan sedap di Desaru Johor di mana ek? Mana-mana makan pun sedap. Tapi bagi aku, dalam banyak-banyak kedai makan yang aku ronda di sekitar Taman Desaru Utama, Zaffiz Kitchen ni lain macam lah.

Semua menu makanan dia jual. Daripada western kepada sate kepada mertabak kepada roti canai kepada makanan laut kepada nasi campur kepada goreng-goreng. Serba serbi nampak macam pelbagai betul menu makanan yang dijual.

Pada awalnya aku rasa was-was. Jadi, order set bubur je. Kawan aku pula order kacang pool dan ikan pari masak asam pedas. Nyum Nyum Nyum

Ya tuhan, sedapnya yang amat masakan kat sini. Betul betul menyelerakan. Puas hati yang amat.

Harga yang dikenakan pun sangat murah. RM12 untuk set bubur dan kacang pool. RM16 untuk asam pedas ikan pari + nasi putih sepinggan + limau ais. Kawan aku belanja.

Boleh lah lepas nie kalau datang sini, singgah balik kedai nie. Nyum nyum. Macam mana nak pergi kedai nie? Google Maps je Zaffiz Kitchen.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI