Lepas geram aku hari ini. Dua minggu tak singgah makan di Cafe Nasi Kukus Tok We Beranang hahaha. Sebabnya minggu lepas aku join event larian di Dataran Merdeka. Pokok di rumah Lenggeng pula tak cukup membesar lagi. Jadi, lepas ini aku hanya akan singgah dua minggu sekali sahaja di sana. Nanti, lepas siap segala kelengkapan rumah, tiap minggu akan singgah.
Rasa macam semua menu kegemaran aku sudah order. Jadi, hari ini aku repeat order makan Nasi Kukus Rafidah – Ayam goreng bersama sambal hijau. Sedap!!! Aku suka.
Pergi lewat sedikit hari ini sebab nak ukur jalan dan uji keberkesanan tinted kereta Viva aku. Haaaa, tak lah jauh sangat Beranang dengan Kajang ini. Kereta pun sesejuk salju je sekarang. Cuma sudah mula bunyi sana sini. Ini mesti pomen tak sku ketat mana-mana bahagian yang dibuka tempoh hari.
Makan santai disini memang syok. Aman dan tenang sahaja suasananya. Sedikit suasana kampung. Rindu kat kampung. Cuma aku tak mampu mana untuk kerap balik. Banyak tanggungjawab perlu dilaksanakan. Gitew katanya hahaha.
Adalah lebih daripada 5 km aku gigih drive kesini. Gila namanya. Tapi kalau aku tak pergi makan kat sini, bila lagi? Takut aku mengidam geram menggigil. Alhamdulillah ada masa. Jadual penuh sebab semester sudah mula. Sibuk!!!