MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN JOM IKAN BAKAR

image

Kebanyakan orang yang datang ke Langkawi akan makan di Restoran Jom Ikan Bakar ini. Majoriti orang akan kata disinilah antara tempat makan sedap di Lamgkawi. Terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Mini Pulau Langkawi. Kalau nak cari via wase atau google maps, cari je Pejabat Pos ini.

Terletak di Padang MatSirat, berhampiran dengan medan selera, Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan / bulatan airport. Memang senang cari. Lagipun memang ada signboard kat situ.

image

Khabarnya nak datang sini kene awal cz takut penuh dan tak dapat tempat duduk. Time aku datang tu OK je pun. Yelah kan cz aku datang pada hari Khamis 🙂

image

Memang betul kata orang, ada banyak pilihan makanan yang disediakan. Sampai rambang mata nak pilih yang mana satu hihi. Macam biasa, aku akan pilih menu kesukaan aku.

Total up makan tengahari pada hari tu ialah RM13 untuk dua orang. Air pulak diorang bagi free. Memang puas hati betul aku makan kat sini.

FYI, ikan keli bakarnya manis. Not sure kenapa. Memang manis gula atau madu atau fresh.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI