Makan TomYam Udang di Putrajaya

Dahulu, antara entry paling kerap aku buat di blog ini adalah makan di Restaurant Tomyam Kung Presint 15 Putrajaya. Itu zaman aku duduk di kuarter kerajaan Presint 15. La ni dah pindah Kajang, memang tak lah nak ke Putrajaya kan. Kerja pun sudah tukar ke Kuala Lumpur hihi.

Im not sure whether the restaurant still operating at Presint 15 or not. They got big branch at Ayer@8. Tutup lah kot kan. Pindah segalanya ke tempat baru.

Tiap kali datang sana, menu yang sama sahaja akan aku order. Tomyam Kung dan Kung Petai. Kalau nampak buah mangga cantik, aku order sekali pulut mangga. Ahaks.

Sedap dan sangat menyelerakan. Aku boleh habiskan kesemuanya seorang diri. Harga? Bagi aku standard. Kalau sedap dan berbaloi dgn harganya. Semua itu aku boleh kompromi. Lagipun sewa di Putrajaya bapak mahal. Diorang pun kena cover kos sana sini.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI