Makanan Halal di Paris

Makanan halal kat mana dikk? Boleh pergi ke mana-mana untuk makanan India Utara atau untuk makanan Pakistan/Arab/Turki.

A photo posted by MNM (@denniszill) on


Macam kat La Chapelle pun banyak makanan halal kat kiri kanan jalan. Tapi aku secara peribadi tidak galakkan korang ke sana. Sebab aku rasa macam tak selamat. Sebab apa? Beg kami telah dicuri di kawasan ini. Dalam restoran yang ada CCTV sana sini. Confident tak mereka? Jadi, moral of the story…jangan pergi ke kawasan hitam ini. Orang kat restoran tempat kami makan itu sendiri kata tidak selamat. Katanya kalau buat report polis, ambil masa 2 jam untuk selesaikan. Pengsan. Kami tak buat sebab pada ketika itu kami nak cepat untuk kejar bus ke Amsterdam pula.

Lagipun kat kawasan La Chapelle nie banyak orang negara ketiga yang melepak sana sini. Kesilapan kami disitu. Oh ya, kami pun ada jumpa warga Malaysia yang kene pick pocket di public transport. Licik2 belaka mendengar cerita daripada mangsa hahahaha.

OK, back to the story, kat area lain pun ada. Tapi kene cari sendiri lah dikk. Harga pun nampak gaya macam lebih kurang. Macam kebab kat mana mana harganya Euro6,50 = 6.5 x 4.6 = MYR XX.

Bezanya cuma rasa dan presentation je pun. Alhamdulillah tak ada masalah mencari makanan halal kat sini.

Kan ramai orang islam dari asia selatan dan arab yang berhijrah/bekerja di eropah.

Macam kat area tempat kami tinggal tu kawasan kediaman penduduk perancis. Tapi ada juga kedai kebab milik orang turki. Harga pun lebih kurang sama. Saiz hidangan mereka besar. Jadi order 1 sahaja boleh kenyang untuk makan 2 orang.

 

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI