Macam manusia gak, kekadang haiwan peliharaan pun kene makan makanan tambahan jugak – untuk tujuan tertentu. Oleh kerana anak anak kucing nie dari spesis berbulu lebat / panjang, so mahu tak mahu aku kene pastikan bulu bulu mereka terjaga / cantik / kurang gugur.
Normal – kita nak buat yang terbaik untuk apa yang kita sayang.
Untuk Soxie, Mia dan Orange J nie makanan tambahan yg digunakan – jenama Natural Pet. Ada 60 chewables untuk satu botol ( RM60 ). Sehari bagi setengah chewables setiap ekor 🙂
So far, memang berkesan produk ini.
Untuk Hiroki plak, kene bagi jenis cecair. Jantan hitam ni susah nak makan jenis kunyah2. Kene paksa / sental terus kat dalam mulut dia. Dalam banyak banyak produk makanan tambahan untuk bulu kucing, jenama NaturVet ini macam jenama yang paling popular dan ramai yang bagi testimoni positif. Kandungan untuk setiap botol cuma 259ml sahaja – RM79. Dek kerana mahalnya produk ini, bagi separuh pancutan je hihi.