Indoor dalam bahasa Malaysianya ialah dalam rumah. Kucing yang tinggal di apartment bertingkat tingkat memang kene duduk dalam rumah sokmo. Nak keluar tak boleh. Kalau ada pun, tuannya kene bawa diorang bersiar siar kat taman astakona ( sekadar bagi nama taman sahaja ).
Kesian kan tengok kucing kucing yang dok dikurung dalam rumah sokmo. Even 1500sqf, aku rasa diorang perlukan ruang bermain yang lebih luas lagi. Cant imagine bagaimana hidup anak anak kucing yang dikurung 24jam oleh tuannya.
Apapun, ada orang gatal tangan nak bagi makanan tambahan untuk anak anak kucing kat rumah. Dah promoter Pet Lover Centre IPC tu dok pomosikan makanan tambahan untuk kucing kucing indoor. Pengsan.
Aku sendiri tidak pasti how to measure tahap keberkesanan satu2 makanan tambahan tersebut.
Makanan tambahan jenama HealthyBites ini import dari UK. Kononnya untuk indoor cat lah gamaknya. Katanya, boleh kurangkan bilangan / kuantiti tahi untuk kucing indoor. Selain daripada itu, ia juga baik untuk sistem urinary diorang. Not bad jugak lah.
Emm, dari segi bilangan / kuantiti tahi tu aku boleh perasan memang agak berkurangan.Aku tahu lah kan cz tiap petang selepas balik kerja aku memang akan bersihkan najis diorang. Not bad. Memang ada kesan.
Yang lucu nya, makanan tambahan ini dah macam manusia punya. Kene minum air dengan banyak. No wonder aku dok haus sokmo. Kesan daripada ambil makanan tambahan rupanya. Pastu anak anak kucing ini memang banyak kali kencing. Bertompok tompok bagai. Pengsan nak bersihkan. Memang syurga tempat aku.