MAKANAN YANG SESUAI UNTUK IBU KUCING

Agak susah + senang sebenarnya nak jaga kucing baka parsi aka yang seangkatan dengannya. Mesti kene ada sedikit ilmu pasal penjagaannnya + kene rajin mencari maklumat. Kalau tak..memang non ado 🙂

Salah satu sumber maklumat yang baik ialah Petfnder. DIsini ada forum + perbincangan si pencinta + pembela kucing – It all about cat. Salah satu tread yang bersesuaian dengan situasi aku sekarang ialah : Makanan Yang Sesuai Untuk Ibu Kucing

Antara point – point menarik yang boleh dikongsi bersama ialah :-U

  • Untuk ibu kucing yg mengandung dan menyusukan anak, sangatla sesuai bagi makan kitten. Tak kira brand apa asalkan makanan tu untuk kitten…Royal Canin lagi bagus.
  • Ibu kucing yang menyusukan anak emmang kurus noor. Lagi2 la kalau litter dia banyak…Sebab tu makanan terbaik untuk dia adalah makanan kitten sebab banyak protein. Lepas ni bagi je makanan kitten dan ayam rebus okay la tu…lain la kalau ibu kucing tu nampak sakit, tak nak makan…kalau amcma tu kena g vet la…kalau tak nanti anak2 dia pun tak sihat…
  • Selain makanan kitten, ayam rebus…supplements macam nutripet dan kitzyme..tapi hati2 nak bagi supplements untuk ibu2 kucing yang lactating…sebelum bagi supplements mintak advice vet dulu…Kitten tu kena boost selera dia…try bagi ayam rebus dgn air nya sekali. Selain tu, try bagi nutipet. Saya selalu syringekan masuk dalam mulut kucing kalau dia tak nak…nutripet elok untuk naikkan selera makan dia…

    Itu apa yang saya pernah buat dan Alhamdulillah berjaya. Tapi kalau kitten tu still tak nak makan dan nampak sakit, mungkin ada blister or ulser dlm mulut dia. Maklumlah musim panas ni…kalau macam tu, kena g vet la.

See…ada beberapa point menarik dan berguna bukan? Syukurlah nak…. sharing is caring. Sekarang ini pun aku mempraktikan point point ini. 

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI