MALEE TOMYAM DENGKIL

image

Yeah, akhirnya aku dapat gak makan tomyam putih kat Malee Tomyam Dengkil. Makan sekali dengan Wawa P dan Miera Idora Nabila Hudson Sintos.

Lama kot aku menunggu masa dan ketika untuk makan kat sini. Berminggu jugak lah. Letih menanti hahahaha.

image

Belanja budak budak ini makan bersekali dengan Miera yang akan tamat praktikal pada hari jumaat 31 Mei 2013 katanya hihi. Aku buat awal dulu, so aku as officer kat situ dah lepas tanggungjawab. Gitew alasannya. Kemudian, as niat nak belanja diorang yang ikut sama membantu aku dalam 2 bulan kebelakangan ini. Katanya.

Tak sabar makcik tu nak jadi Asst Manager kat Chicken Rice Shop haha. Aku bukanlah penggemar Chicken Rice Shop. Tapi kalau ada dia keje kat sini, haruslah gigih datang sana makan free hahahaha. Boleh?

image

Kedai makan ini diperkenalkan oleh Natasya. Makcik dah sibuk 1MOCC. Dia msg pun lupa nak reply. Kredit tak ada lah maxis hahaha. Datang je.

image

Macam biasa, order Tomyam Putih campur, Ayam goreng kunyit, sayur campur dan telur dadar. Pastu kak zue order mee hoon sup. Total area RM30 lebih je termasuk air buah. Agak murah dan yummy yummy.

image

image

Next time nak datang waktu malam je. Family datang sini ke kan. Bolehlah buat port makan keluarga kat sini. Rasa dan harga pun not bad.

image

Sehingga ketemu di lain masa 🙂

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI