Selalunya dalam satu minggu tu, aku akan buat satu MASTER SAMBAL yang aku boleh gunakan untuk beberapa hari sebagai pes aka bumbu dalam masakan aku. Aku buat 2 version. . . Satu versi manis pedas dan satu lagi versi super pedas. Housemate aku tak reti makan pedas. Aku dan officemate aku pula memang hantu pedas. Jadi, pandai pandailah hidup 🙂
Selalunya kalau line clear dan ada waktu senggang dalam satu satu hari itu, aku akan pesan budak budak office aku untuk bawa some food untuk dimakan sama sama di office. Kira macam ala ala breakfast sama sama. Masak nasi / bubur kat office. Aku memang tinggalkan periuk nasi kat office u olllzzz hahahaha. Tinggal beli / bawa beras dari rumah. Makan ramai ramai + panas panas memang sedap giler giler hahaha
Yang penting kena ada sambal dan telur. Tu yang paling basic sekali ahaks. Lain2 tu bonus je. Aku lebih suka makan makanan yang simple tapi puas hati. Nyum nyum. . . Ini semua ajaran Kak Zue yang memang suka bawa makanan ke office untuk anak anak. Jadi, anak anak pun terikut ikut sekali ahaks.
See. . . Daripada aktiviti aktiviti santai macam inilah kami boleh share pendapat dan menyelami perangai,masalah serta tabiat seseorang itu. Kerja jangan tension2 u olllzzz. Apa apa masalah, we try utk help each other sebaik dan semampu yang boleh – selain daripada bergossip 🙂
Alhamdulillah, so far semua berjalan dengan baik dan of cz part aku. sentiasa 5 Bintang. Syukur. . .