Lama gila tak masak masak di rumah. Rasanya sejak pindah rumah ini, aku semakin jarang masak itu ini. Yelah, saiz dapur yang mengecil dan ala ala tak ada beza antara dapur, pintu masuk dan ruang tamu hahahaha.
Semalam gigih aku pergi Pasar Tani Putrajaya membeli barang basah. Secara tidak sengaja pun sebab bos panggil ajak pergi meeting yang lambat habis huhu. Aku layankan je lah. Insyaallah semua perancangan menjadi.
Lama xmasak dan makan ketam dan sotong kan? Kalau beli / makan di luar mesti mahal dan tidak puas hati dengan rasa dan kepedasannya. Sebab itu aku lebih selesa masak sendiri di rumah. Sekurang kurangnya boleh berjimat, makan fresh, organik dan belajar masak.
Ketam agak mahal juga harganya rupanya. RM29 sekilogram haiyoooo. Aku pilih 3 ekor ketam betina dan segenggam sotong bersaiz kecil.
Aku berazam untuk tidak buat sambal tumis sekarang ini. Jadi aku akan masukkan cili ke dalam masakan sahaja. Yang penting ikut petua #Ruhaidini masak dalam kiraan ganjil.
Alhamdulillah, sedap dan cukup semua sifat. Inilah menu masakan dan makanan aku untuk pagi dan petang hari ini.
Emmm seperti biasa aku akan longlai selepas makan makanan bersantan pekat huhu.