Aku ingat Hiroki akan buang air selepas makan malam. Tapi rupanya telahan aku meleset belaka. Boleh plak dia buang air besar punya kat dapur. Daripada tak sampai hati nak kurung terus beria ria nak kurung kucing jantan ini cepat cepat.
Dari petang tadi, si Soxie yang dok lepak kat dalam kurungan ini. Disuruh keluar tak nak plak keluar. Seronok lepak kat pankir tinggi kot. Aku pun dah test masukkan Mia ke dalam sangkar ini. Dan lucky dia terus kencing kat tempat yang disediakan. Jadi, tak ada isu tempat tu tidak selesa atau kecil untuk Hiroki. Mia yang jahat tu pun pandai nak kencing kat tempat yang betul. Inikan pula si Jantan Hiroki yang pemalu tu.
So malam ini aku akan kurung Hiroki siap siap terus. Tadi dia dah makan dan minum. Entah bila dia akan buang air semula. Kita lihat hasilnya esok pagi.
Ini salah satu experiment aku macam mana nak ajar Hiroki buang air di tempat yang betul. Lain pemilik / kucing, lain caranya.