Hoyoyo… masakan bertemakan Sarawakian mana paling sedap dan mampu milik di Kuala Lumpur? Kalau ditanya, sudah semestinya di Dayang Sarawak Corner @ Sungai Besi, Kuala Lumpur
Aku dan rakan-rakan adalah antara pelanggan tetap di sini. Sebab dekat hihi. Kalau ikutkan, diorang pun banyak kali join Pavilion Makanan dibawah FAMA semasa penganjuran MAHA di MAEPS Serdang.
Sudah menjadi kebiasaan, kalau datang sini aku akan order Mee Kolok Daging je. Kawan kata, cara makan mee kolok yang sebenar ialah makan macam tu je. Tak adanya makan macam sup bagai hihi.
Tapi tulah, nak buat macam mana. Selalunya aku memang akan campur. Dah jadi macam makan mee segera sup pula ahaks. Pengsan… maafkanlah aku.
Selalunya kalau datang, kami akan order lain-lain. Jadinya, kami boleh merasa semua menu huhu. Ada yang order Nasi Kukus Ayam Berempah, Sup Wantan dan Nasi Kukus Ikan Bawal.
Air pula, seakan gian, aku order teh tiga layer. Sebab rasa sedap semacam je gula apong tu.
Rasanya sedap dan unik. I loike.