Terengganu memang terkenal dengan senibina masjidnya yang gah / cantik / unik / penuh dengan ciri ciri kemelayuan. Seni ukir kemelayuaannya memang hebat dan unik.
Khabarnya Masjid Ulul Albab ini juga dikenali sebagai masjid kayu. Aku diberitahu bahawa, masjid ini dibina dengan menggunakan kayu cengal. HEBAT!
Dari jauh, aku dah rasa lain macam dengan masjid ini. Nampak macam rumah melayu huhu. Oh, rupanya inilah masjid yang diorang kata itu. Semua yang singgah solat ke sini menyatakan kekaguman masing masing terhadap senibina masjid ini. Memang hebat.
Tengoklah, memang semuanya kayu. Aku perhatikan, cuma pasaknya sahaja yang diperbuat daripada batu. Yang lain-lain tu memang kayu.
Masuk masuk je dah rasa lain macam. Terasa sejuk dan nyaman je. Oh, memang terasa macam rumah dulu-dulu. Sejuk yang semulajadi.
Di Terengganu sahajalah aku dapat lihat senibina melayu yang unik. Kalau kat tempat lain, agak susah kot.
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +