MAT AYAM KAMPUNG CYBERJAYA

Masakan kampung sering menjadi pilihan aku untuk menikmati sajian tengah hari. Masakan yang ringkas, sedap dan mengetengahkan himpunan lauk pauk dari desa. Budak kampung, memang macam nie perangainya kot.

Dari kecil lagi aku memang suka makan makanan yang bersifat kampung – ikan / ayam kampung / ulam / sambal. Simple tapi sedap. Dahulunya aku berangan untuk makan stik bagai – ala ala orang barat kononnya. Tapi tak boleh. Selera aku tak masuk. Tak puas

Aku mula cari tempat tempat yang ada jual / lauk ayam kampung ini sejak Ah Seng perkenalkan aku pergi makan di Restoren Ayam Kampung di Tasik Permaisuri Cheras. Sedap dan benar benar membuka selera aku. Cuma sayang, mungkin dek kerana orang KL banyak yang ‘teruja’ makan, pemilik kedai seakan kurang menitik beratkan soal mutu perkhidmatan yang baik. Yelah, kalau pelanggan ramai sangat, memang tak menang tangan. Lagi lagi kalau perempuan yang uruskan. Pasti akan kelihatan mana-mana kelemahan. Atau aku ini memang detail? Pengsan

Sejak aku pindah tempat baru, lucky aku jumpa restoran yang punya konsep yang lebih kurang sama. Restoran Mat Ayam Kampung Cyberjaya. So far aku berpuas hati dengan perkhidmatan dan rasa yang diberikan. Yang penting, semuanya lelaki yang uruskan – kebetulan ajer tu. Sedap dan rangup. Menunya lebih kurang sama dengan restoran di Cheras. Harga? tidak pasti. lebih kurang sama kot

Konsepnya lebih kurang sama. Pelanggan bebas memilih mana-mana lauk (nasi campur) yang kebanyakannya menggunakan ayam kampung sebagai sjian dalam masakan – ayam goreng, gulai, sup dll. panas panas.

Sayur-sayurannya pula sangat bercirikan kampung – ulam ulaman, gulai nangka, sambal ikan bilis, Sayur pucuk paku + budu + tempoyak + + +

Apa yang penting, kene datang saada awal atau lewat. Memang tak cukup tempat duduk pada waktu rehat. PENUH. Parking dikawasan sekitarnya pun pasti akan penuh. Jenuh mahu cari parking. Jangan sampai double parking udah ler. Please take note, jumaat tutup yeer