Pusat Membeli Belah MBK, Bangkok merupakan kompleks membeli belah 8 tingkat yang mempunyai kira-kira 2,000 unit kedai, restoran dan servis outlet dengan keluasan sekitar 89,000 meter persegi
MBK juga dikenali sebagai Mahboonkrong sempena nama ibu bapa pemaju yang membangunkan pusat membeli belah ini iaitu Sirichai Bulakul – Mah & Boonkrong. Ia dimiliki oleh Thanachart Bank & Dusit Thani Group dan merupakan pusat membeli belah terbesar di Asia sewaktu mula dibuka pada tahun 1985.
Lokasi: Pathumwan Intersection / Pathum Wan district
Waktu Operasi : 10:00 – 10:00
Bangkok Mass Transit (BTS): National Stadium