MEE SEGERA

Aku berani kata hampir kesemua orang di dunia zaman sekarang ini mesti pernah makan makanan segera. Walau sekali atau secara langsung dan tidak langsung.. Atau secara sedar atau tidak.

Aku? Hurmmm.. Selalu sgt kot. Hahaha..lebih lebih lagi semasa belajar lagi. Aku rasa, kebanyakan student kat malaysia ini ( IPTA atau IPTS) mesti akan menjadikan makanan segera khasnya mee segera sebagai makanan ruji. Boleh? Haha

Mana cukup duit bro nak makan sedap2 selalu time study dulu. Mesti dalam seminggu tu akan makan mee segera dalam 3 atau 4 kali. Sedap jugak aku masak mee segera. Especiall perisa kari. Siap campur-campur dengan pelbagai jenis sayuran/daging/telur/seefood. Hebat bukan. Rasa ketagih pun ada juga..

Tapi aku hairan jugak, since aku duduk kat Putrajaya ini rasa macam jemu / muak pun ada juga. Rasa macam ada je kekurangannya. Hairan. Mungkin semua jenis barangan dan bahan mentah complete. So, nak makan mee segera pun rasa lain macam je 🙂 sweet bukan.

But, its better. Lagi baik kalau aku feel macam ini since study lagi. Rasanya memang makanan segera ini tak elok untuk kesihatan. Walau apapun mereka mereka ini katakan, yang pasti makanan ini memang tak elok. Seboleh bolehnya lawanlah nafsu untuk memakannya.. Boleh? Hahaha… Tapi sedap. Oh tidak