MELAWAT ZOO NEGARA UNTUK KALI KEDUA

Aku menggunakan peluang cuti umum yang lepas dengan melawat Zoo Negara :)) Niat pada bulan lepas, akhirnya dapat aku tunaikan pada minngu lepas ahaks. Syukur dan teruja yang amat. Ini adalah kali kedua aku menjejakkan kaki ke Zoo Negara. Kali pertama ialah pada 2 tahun yang lepas.

Secara keseluruhannya tidak banyak perbezaan ketara yang aku perasan sepanjang lawatan aku ini. Emmm, aku melawat ini pun sekadar suka-suka dan mahu melihat alam semulajadi. Lagipun, aku memang suka melihat flora dan fauna. Insyaallah, jika diberi peluang, masa dan rezeki aku memang mahu bercuti di Taman Negara / Tasik Kenyir huhu.

Sambil melawat, sempat lagi baca sejarah awal penubuhan Zoo Negara ini. Saja nak tambah pengetahuan am. Gitew katanya.

Aku akan buat entry berasingan mengenai pengalaman melawat Zoo Negara ini disini. Buat entry secara berasingan adalah kegemaran aku. Senang nak mengarang + masa mencemburui katanya huhu.

 

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI