Membazirkah Aku Di Bulan Ramadan ini?

Jauh disudut hati aku, dok memikir adakah aku ini sedang melakukan pembaziran (tanpa sedar) di bulan Ramadan? Dok gigih berbelanja dapur sakan. Beli barang dapur itu ini di Mydin.

Risau lah pula kot kot aku membazir atau berlebih makan ke kan. Bulan puasa ini, konon boleh jimat. Takut terbelanja lebih lah pulak. Bimbang.

Aku rasa, pusing sana sini nampak gaya macam dah berbelanja lebih kurang RM300 untuk belanja dapur sempena bulan Ramadan ini.

Nafsu makan nak macam-macam. Itu ini aku beli. Walhal kalau tak makan pun tak napa napa. Tapi kalau tak makan, dok teringat sokmo waktu siangnya haha.

Macam-macam resepi aku masuk. Boleh dikatakan tiap hari juga lah aku masak. Semua habis. Aku pula memang suka makan lauk dan masak banyak jenis lauk pauk. Pengsan.

Fikir punya fikir, aku rasa macam lebih jimat pada bulan biasa. Bulan Ramadan nie, nafsu makan lain macam wooo. Pengsan

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI