Membeli Belah di Bicester Village

A post shared by MNM (@denniszill) on

Sengaja ambil / publish sekepingje gambar disini. Sebab terasa sensitif lah pula hahaha. Bicester Village nie factory outlet. JAdi, barangan yang dijual kat sini boleh tahan murah dengan diskaun yang kow kow lah kononnya. Macam mana nak datang sini? Rujuk laman web : https://www.bicestervillage.com

Kami bertuah sebab dapat harga tiket via train yang murah. Hanya GBP14 seorang untuk pergi balik. Kalau harga biasa, memang mahal mencanak-canak katanya. Mungkin murah sebab kami pergi pada hari biasa + tidak cuti umum disana.

Selalunya oang akan naik bus kalau nak dtaang sini. Naik train mahal katanya. Senang kalau naik train sebab kedudukannya yang dekat amat dengan lokasi factory outlet nie. Jalan kaki je dikkk.

Murah tak harga kat sini? Bagi aku biasa biasa sahaja. Tak banyak pilihan sangat berbanding Paris dan Itali. Rasanya kalau beli di Itali atau Paris, harganya lebih murah kot. Mungkin lepas UK keluar dari EU nanti, harganya lebih mahal lagi kot. Orang sini kata harga kat negara EU lebih murah.

Lagipun, aku tngok, kebanyakan jenama / produk popular adalah Paris/Itali. Aku kan dah pergi Paris dan seluruh Itali. Jadi, boleh rasa lah perbezaan harganya. Aku perasan, banyak produk berjenama dari Itali rupanya. No wonderlah.

Moral of the story, kalau nak berbelanja mewah, pergilah Itali. Sana produk berkualiti dan harga pun lebih murah. Aku pun tak tahu mana satu produk berjenama yang negara origin nya adalah UK. Tak banyak pilihan yang berkenan dihati/poket.

Apapun, tak berkenan pun, beribu juga habis. Pengsan

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI