MENGECAT RUMAH

image

Kami banyak membeli barangan keperluan rumah (hardware) di HomePro IOI City. Umpama orang yang mengantuk disorongkan bantal. Macam tahu tahu je sedang pindah rumah. One stop center kami sepanjang proses pindah rumah.

Salah satu perkara yang diambil kira ialah cat rumah. Beli jenama Nippon Paint. Pusing sana sini sama je harganya (ikut keperluan). Lagipun Nippon sedang buat promosi berpakej. Jadi alang alang, terus beli je lah kan. Beli momento special effect pada harga RM120 macam tu secara berpakej.

1st time guna momento ini. Jenis cat yang ala ala wallpaper gitew hahaha. Cara mengecat pun lain. Ada premier itu ini.

image

Tapi sedih dan terkilan coz apa yang diorder lain yang dapat. Beli 2 set. Tapi satu set tu tidak sama. Mesin error katanya. Sentap tak? Sangat sentap.

image

image

Gambar atas tu hasil mesin yang error dan gambar yang kedua itu hasil mesin yang betul-betul ikut apa yang di order.

Plan nak cat satu bahagian sahaja. Tapi sekarang ini kene cat tempat lain pula. Hasil yang error itu tidak boleh buat lagi. Nama pun error kan. Sedikit cacat dibahagian yang dicat. Pengsan.

Moral of the story, kene check warna dan kod cat yang kita beli itu betul-betul.

Nak tukar / mengadu tapi nampak macam leceh je + resit hilang.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI