Selama ini, kalau datang Melaka pastinya akan duduk di rumah pakcik atau makcik bibah. Tapi, la ni tak boleh lah nak elak. Kena duduk hotel sebab datang Melaka atas urusan kerja.
Dok pening juga pada asalnya nak pilih hotel mana yang sesuai. Tugasan lebih kepada Alor Gajah. Tapi, kat sana tak tahu apa tempat menarik. Tidak seperti Ayer Keroh / Banda Hilir. Usha punya usha, akhirnya duduklah di Muzaffar Hotel Melaka. Lokasinya di MITC Ayer Keroh. Dekat dengan Plaza Tol dan berkesimpangan pula dengan Alor Gajah. Easy access katanya. Onz terus
Muzaffar Hotel ini bertaraf 5 bintang katanya. Alhamdulillah milik orang Bumiputera Muslim. Katanya langsung tidak menyediakan arak. Nampak dari luar memang gah sebab seakan istana dizaman silam. Nama pun diambil bersempena dengan nama Sultan Muzaffar Shah. Aku bab kemelayuan ini memang suka. Sebab minat bab sejarah.
Seni bina luaran sampai ke dalam bilik memang penuh dengan motif kemelayuan. Bak masuk istana gitew. Harga bilik pun tak lah mahal mana. Mampu milik dan berpatutan dengan apa yang ditawarkan. Consider murah.
Masuk je dalam bilik, takjub terus sebab mewah (bagi aku). Corak permaidaninya cantik. Saiz bilik air pun besar. Boleh siap tidur dalam bilik air gamaknya nie.
Alhamdulillah, moga penginapan 3 hari 2 malam disini baik-baik sahaja. Insyaallah