MH001 Heathrow Kuala Lumpur

Pulang. KL – London #mh001

A post shared by MNM (@denniszill) on

Akhirnya, selepas jenuh mengembara mencari pengalaman di negara orang selama 14 hari camtu….kami pulang jua ke tanah air. Rasa rindu lah pula dengan Malaysia kannn. Rindu dengan makanan dan keselesaan di tempat sendiri.

Lapangan Terbang Heathrow ni besar gedabak katanya. Macam untuk MAS, diorang letak kat Terminal 4. Yang syoknya, kat sini tak lah semewah/meriah macam kat KLIA dan KLIA2. Kat sini biasa-biasa je. Tak tahulah pula macam mana keadaannya kalau kat Terminal lain.

Flight kami pukul 9.35 malam camtu. Tapi kami datang awal lebih kurang pukul 3 lebih macam tu. At that time, hujan salji turun kelihatannya. Wowwwwwwww syok melihatnya. Jakon pulak. Khabarnya pada masa yang sama, kat Amsterdam pun tengah mula bersalji dan air kat terusan diorang dah beku. Amboiiiiiii rugi lah pula rasanya hahahaa.

Ohhh ya, kawalan keselamatan kat sini agak (sangat) ketat tapi mesra pelanggan. Para pekerjanya tak lah se serious kat temoat lain. Boleh bermesra dan bergurau senda dengan pelanggan. Aapun, prosedur tetap berjalan dengan ketat. Diorang check satu persatu…every single beg. Alhamdulillah, aku tiada masalah untuk itu walaupun terpaksa menunggu agak lama lah juga. Oleh kerana kat negara orang dan demi keselamatan, kita ikut je lah prosedur mereka.

Setelah 12 jam 12 minit. Syukur

A post shared by MNM (@denniszill) on

Perjalanan pulang kami lebih cepat iaitu sekitar 12 jam 12 minit. Berbanding dengan perjalanan pergi kami tempoh hari yang memakan masa lebih 14 jam kot. Sebab diorang guna laluan yang lain. Adalah satu laluan tu yang tak diizinkan.

Alhamdulillah, aku tidur dengan sangat sangat lena dan terasa sekejap je…dah sampai. Suatu kenangan dan pengalaman yang tak sangka-sangka aku dapat rasai. Syukur.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI